Thursday, July 7, 2011

Terangau pulak

   7 Julai 2011, Khamis - Lama sangat xupdate incik zannisya ni, tetiba lak pg nie aku rasa nak menjengah ke blog yg da bersawang ni..Bulan lepas ada one gud news..Alhamdulilah, empayar akan diperluaskan x lama lagi..tp si abang di rumah asyik meragam je lately ni ,mcm tau2 je dia nak jd 'abang' pening kepala dibuatnya...ikot korang la faham ke tak..hahaha...

  Semalam aku MC, dok layan tv tetiba lak terkeluar lagu bebudak AF9..Nera AF9,Hatiku Milikmu...best gile lagu ni...lagu ni pasal sorg gurl ni yg admire kat sorg boy ni...tp sangat teruja la aku dengar lagu nie...melodi dia pon best...nera 2 pon comey sgt orgnya..suka..suka..suka...

LIRIK : HATIKU MILIKMU


Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu
Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya
Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
     
p/s : try la dengar lagu ni...







 

Thursday, June 9, 2011

How 2 be a good wife..

    Lama da menekan papan keyboard ni kan..bukak je blog org,tp blog sndiri mcm hampeh..Yaaa,act saja je nak share ngan korg2,tp this is my opinion la..kalo slh,sori dude..
    
How 2 be a good wife :
   1) Jangan selalu membebel - yela,orang lelaki ni sgt tidak gemar kalo bini dia membebel x tentu pasal..so 
       kurangkanla membebel ye para isteri..hehehe..
   2) Jangan sesekali melawan bile dia (incik suami) bercakap walupun dia rasa dia betul..diamkan je smpi dia 
       diam sndiri.Tp kalo incik suami ada org lain or nak kwin lagi,jgn la dok diam je..2 da salah konsep 
       pulak kan..
   3) Puan isteri kenala jg batas pergaulan bile sudah bergelar isteri ni..yela,kira kita jge maruah suami la..jgnla 
       bile da kawin still lagi bertepuk tampar ngan lelaki lain..memg xrespect suami la kan.
   4) Jangan sesekali merendahkan martabat seorg suami walupun suami anda memg semestinya rendah dr 
       anda..hahaha...even tho u punya husbnd gaji rendah, tp kt still kena ingat,suami tetap suami..
   5) Jangan sesekali mencurigai dia,i means terover cemburu..memgla semua org tahu cemburu tandanya syg,
       tp xsemestinya kt bole cemburu tahap cipan,nt makin dibenci adala..
   6) Puan isteri kalo bole jangan la terlalu bergntung pd suami sbb sumtimes diaorg ni akan jd rimas dan 
       muak bile dapat bini yang xbole indipendnt langsng..dlm erti kata lain,membosankan ye..
   7) Sentiasa senyum..berpenampilan menarik (so stok kain batik,g la buang jauh2) dan sentiasa gorgeous..
       yeay,,i Loike..hehehe...

       

Saturday, May 21, 2011

Kain songket tenun terengganu

 Salam 1 Malaysia..kalo korng nak tau,ni la hobi i terbaru..menjual kain..ni kain songket tenun terengganu..memang original la dari terengganu..Kalo nak,helo2 je i...jom sama2 tgok...


Warna merah...sesuai dgn org muda..


Warna purple


Warna Biru

Warna biru


Warna hitam


Hijau mari


Hijau lagi


n the last one color silver..

   Kalo nak order just pm or call je saya : 0125425185 or email catgulz@gmail.com..da...


Friday, May 20, 2011

Penangan Nora Elena..

  Sebut pasal NORA ELENA..sgt teruja okeh!! cita ni diadaptasi dari novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha..Before ni aku memg la jenis macam haram la nak pegang novel ni,tp bile cita Nora Elena ni start je kat TV3, hari2 hati aku melonjak2 nak tgok cita nie..

oh Seth Tan 

  Pada aku la,kak meen punya jalan cita novel ni sangat menarik,lagi2 bile pelakon yg membwa watak hero dia iaitu Aaron aziz (Ahmad Seth Tan)..tersangat hensem, gentleman n macho...lgla hati aku berbunga2 nak tgok cita nie..Tp heroin (lakonan siti saleha) dia aku slow ckt la..maybe baru lg dalam bidang ni,so dia nmpak agak kaku sktla...Tp thumbs up utk siti saleha yang menjayakan cita Nora Elena nie..



Nora Elena...

     Credit kepada Encik Adam Dan Hawa yang sanggup mencari novel Kasih Yang Suci (walupn bukan utk aku) tp at least i bole bace jugak la...thnks a lot jgk 2 my friend Meera Al Yahya yang bagi aku bace novel ni dulu..x sabar nak bace dr bab ke bab...

   So, malam ni kenala jadi burung hantu sebab nak habiskan novel ni..mm mujur my mum dtg dari jb,so hak penjagaan anak secara automatiknya diserahkan kpda beliau..thnks mum...love u..muahhhh


 

Thursday, May 19, 2011

lama sudey

   Lama da tidak menjenguk si Aku Dan Sesuatu ni..2 minggu kot lama nya aku tak ngadap blog entri ni..btw,bukan bz sangat pon,cuma lately nie mood xbape ok,then terkena monsoon senggugut, so haru cktla hidup nie..hahaha...Sejak2 mnjadi ibu mithali ni kan, so banyak aktiviti yg lebih tertumpu pada family..
   
   Hari ni aku terjumpa blog yg best,sgt bagus untuk knowlegde..sharinginfoz..link dia..kalo ada masa dan kelebihan masa dirumah or opis,silala singgah ke link 2..sangat bagus...
   So,skrg ni da no idea..k la..c ya..


 

             

Wednesday, May 4, 2011

Ketam oh ketam

     Mmmm..sebut pasal ketam..teringat menu petang semalam aku iaitu ' Ketam masak blackpaper '..mm sedapnya..credit to Hazsrylla yang telah membelikan i ketam yang sedap..jauh gile import..kuala perlis mari...
dapat pulak Mr Zanisya pulak tak lunch petang semalam, habis semua ketam yang dimasak...

               hahaha...sedapkan.....nyummy2..

Meh la aku bagi menu :


Bahan A: 
6 ekor ketam bunga( bersihkan) 
1 sudu bsr kunyit 
1 sudu garam 
Minyak masak utk menggoreng 
(digaulkan bersama) 




1.Bahan A digoreng tetapi jangan terlalu garing.Kemudian angkat dan letak dlm pinggan. 

2.Tumiskan bahan B. Pastikan minyak lebih sedikit dari bahan tumis itu supaya bhana yg ditumis tu tidak terlampau kering.Boleh masukkan air jika mahu tetapi kadar yg sedikit shj.Tumis sampai masak tetapi jgn terlampau garing. 

3. Kemudian masukkan ketam yg digoreng ke dlm bahan tumis. 

4. Jika mahu, masukkan hirisan lada merah dan daun bawang utk hiasan.
SELAMAT MENCUBA !!!!

My Deal : http://mydeal.com.my/deals/kuala-lumpur/RM259-for-Garuda-Indonesia-return-tickets-and-accomodation-at-Ibis-Hotel-Jakarta
Bahan B:
½ inci halia
3-4 biji bawang kecil
2 biji bwg putih
Sos lada hitam (life la sedap)
Minyak utk menumis
(Semua bahan B ditumbuk yer, kalau kisar tak sedap!!)





Tuesday, May 3, 2011

Alahai Pak Jabit...

     Tension betul, xsudah2 la pak jabit nie menyusahkan akak tau..akak nie da la pening2 dgn assignment tue,dia pulak dok syok menokok tambah dan memutar belit fakta..hai,mujur la pak jabit nie orang lagi tua dr akak tau..kalo tak lama da akak ketuk kepala dia...pak jabit..pak jabit..

   Sebulan ni akak rasa,sgt sesak dengan pak jabit nie..Dia nak buat show, akak nie punya la bertungkus lumus dengan setting semua bagai sampaikan mandi x basah (tetiba lak kantoi rahsia akak minggu lepas), tido x kenyang, makan x nyeyak..Tetiba hari nak show 2, dia bole x pegi..hai..mane tak mendidih hati akak nie..sabar lagi la..

  Da la x pegi show 2, pastu banyak pulak cekadak dia...sabar..dan sabar..dan sabar lagi ye....apepon akak mls la nak komen byk2..nt jadi isu besar pulak kan,mcm ada kes terhangat sekarang..akhir kata ' selamat beramal  dan sucikan hati anda dengan senyuman '


my deal : http://www.mydeal.com.my/deals/kuala-lumpur/RM40-for-3-Course-Meal-and-Free-Flow-of-Soft-Drinks-at-San-Francisco-Steak-House
    
  

Friday, April 29, 2011

The wayang of ROOMmate.

        Lama rasanye tidak menjejak kan kaki di GSC alamnda..Petang semalam bole lak layan tengok wayang..Mujur la Mr Zanisya ok petang smlm, so layan la pe nak tunggu lagi kan..baik punya green lite kan..
Show jugak tgok cite ni,tp Mr Zanisya ckp 'cite ni kat tv2 pon ada' siot je mamat nie..

Sara Matthew
       Starting cite ni nampak cool jerk, cantik gak heroin dia si Minka Kelly nie..stylo milo...aku suka tgok dreesup dia dalam cite nie..tp dia memang cantikla senang cita..perfecto...aku ni gile sikit tgok pempuan cantik2,anugerah Tuhan kan..

      Kalo hero dia..hmmm...out...carila yang hensem ckt...tp best gak lak cite nie..Credit to Hanis Izzati kerana mensuggestkan cite nie ye..thnks...klimaks dia gile thriller sebab pempuan gado kan..psiko gila la si Rabeeca tu..uish,kadang-kadang best gak bila dapat roomate macam tu,tp kalo da melampau bagi punch je sekali muka dia..hahaha....

    klimaks yang menarik..good try Christian E. Christiansen..pasni bolela buat cite lain yang lebih thriller dr dok buat cite hantu je...heheh....korang2 bolela tgok cite The Roommate petang nie,selamat menonton ye...adios beb..








    

Wednesday, April 27, 2011

Rahsia Tauge

  Lama sudey aku tinggalkan laman sesawang nie,rindu lak tetiba..lately agak busy ckt,2 yang nak post blog pon xsmpat (donload lagu je yang sempat)..haha..This week sgt boring sbb 'adinda' kena post kat kmpung..huhu..Last nite aku col dia, dia punya membebel mcm org da pandai cakap je..minggu ni mama ngan daddy balik ye syg..tunggu tau......
  Berbalik cite pasl TAUGE nie, tetibe lak aku tersearch pasal sayur nie, banyak rupenya khasiat dia...mehla baca..




Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.



Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur  fitokimia  ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin ( canavanine ), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama denganestrogen  sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang ( osteoporosis )
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka.  Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA.  Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda .
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar  kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun  yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.


  Pasni bole la makan tauge ni bebyk...bak kata kwn aku...kalo tak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya..(xde kena mengena pon)...


Jelajah blog minggu nie..

                                                 meeraalyahya

Wednesday, April 20, 2011

Karok di petang hari

     2, 3 arini dok dikejar dan mengejar orang je keje aku..mujur la aku nie bekas atlit,so xde la rasa mengah sgt bile ada seesi kejar mengejar nie..hahaha...Syok betul bekerja..(bekerja la anda sekuatnya)..Semalam petang aku gi layan karok dengan si meera al yahya, hanis izzati, muzzamil dengan yus..syok gile..thnks korang2..
      Tapi petang ni aku pergi balik,haha..melayan Mr zanisya yg agak gile karok 2..petang nie test suara lagi..untung2 bole gantikan Yuna..haha


       Ooo..petang nie nak layan lagu jiwangz..harap korang terhiburla..:p

Suggested blog aku hari ini ialah..blog membe aku nie...

                                    nurfarishfarisya
                                

Monday, April 18, 2011

Lagu Terbaek dari Ladang

       Darling..darling...darling...aku suka lagu nie..tersangat la suka..buat my Mr Zanisya..(bapak jiwang gila) ...


Juliette Bukannya Aku Takut Lyrics

ku tak peduli 
bila ku benar-benar cinta mati
ku tak peduli

ku memang begini
bila ku benar-benar cinta mati
ku tak peduli
apa saja yang ku inginkan kamu rela

reff:
bukannya aku takut akan kehilangan dirimu
tapi aku takut kehilangan cintamu
mungkin saja saat itu kau mempermainkan aku
seakan kau bisa membalas cintaku

kau takkan mengerti
yang selama ini aku rasakan, pasti
kau tak peduli
bila saja yang ku inginkan kamu rela

repeat reff

Wednesday, April 6, 2011

Travel

    Mmm tgh mengntuk gile nie,x tau la nak uat ape..so  melawat la blog aku ni dr bersawang..Lunch td aku g uma membe aku, dia nak packing barang nak g over d sea..huhu...dalam hati " bilala turn aku pulak kan"...hati memberontak nak ikot,nak ikot..tp apakan daya fulus kurang lebat, so nak xnak letak bwh katil dulu la nmpaknye angan2 aku 2..tp aku da penah naik flight tau ( ngan muka belagak)..hehehe..jgn jeles..dalam seumur hidup aku, aku sekarang bru sweet 26, 2 la sekali aku naik flight..kesiankan kat akak nie..2 pon g langkawi..hahahaa...Thnks 2 Mr Zanisya kerana bwk Mrs Zanisya n MR sweetheart g langkawi ye..


Thnks to Firefly kerana memberi layanan yg terbaik untuk kami.


 Cable car yang membuka rahsia Mr Zanisya..hahahaha


Mengambil tenaga sebelum nak ngurat stewardess nanti..:p

 

Aksi-aksi mr sweetheart a.k.a mr sentap...

        Pastu pg, 1 of my boss baru balik dr oversea gak, lg la aku rasa nak pergi travel..huhu...kalo aku kaya, mmm xyahla nak naik Mas, Firefly or yg awan dania berlakon, ape ntah namanye lupa pulak..bak kata membe aku kalo aku kaya, kaya tahap maulana (nama maulana jgk yg femes kan) aku g je travel pakai jet peribadi..dgn siap pilot + stewardess, mmm memang gempaq la kan..petik je jari, da sampai Monte Carlo..


 Petik jari lagi, da sampai Budapest...


      Ha kan da sampai Krabi, cepat sungguh abang pilot ni bwk jet aku..



            Abang Pilot : Tempat Mana lagi Mem Besar nak pergi ye?

            Mem besar : Mm..i da penat nak g jalan da, nampaknye last ni kita g la.....


            Abang pilot : Alhamdulillah, Mem besar da taubat ye..

           Mem Besar : " Hampeh punya pilot, nasib baik ko hensem..nak mrh pun xjadi.." dlm hatila

        Hahaha...berangan x sudah pulak ptg2 mcm ni...xpela,aku pon kira g oversea gak ari2 sebab kat depan umah aku 2 mcm Jakarta aku tgok..so xyahla nak g travel bagai..(saja nak sedapkan hati ni)..Tp watevapon, cepat atau lambat, aku nak g jugak...ah,xkira la..

 p/s : meera al yahya : aku nak handbeg,aku nak sunglass, jeans, kapal terbang, abng pilot yg hensem dr armsterdam...Semoga pergi dan balik dalam keadaan yg selamat, bolela beli coll****** nanti..:p













Tuesday, April 5, 2011

.: ABP 2010 :.

        2, 3 ari ni kecoh pasal ABP 2010 tp aku x tgok pon..malas nak layan tv,dr aku tgok tv baik aku layan soduku aku yg sememangnye best..haha..Tp aku dgr la jgak sape yg menang sebab Mr zanisya bukak tv kuat yg amat..smpai tensi2 aku dibuatnya..berikut adalah senarai pemenang...(pinjam dr incik berita harian jap)

1) Penyanyi Duo/Kumpulan Popular - 6ixth Sense
2) Pelakon TV Wanita Popular - Fasha Sandha
3) Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
4) Artis Komedi Wanita Popular - Noorkhiriah
5) Penyanyi Nasyid Popular - Rabbani
6) Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Hj Nawawi
7) Artis Baru Lelaki Popular - Shahir
8) Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
9) Pelakon TV Lelaki Popular - Remy Ishak
10)Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
11)Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan
12)Penyanyi Lelaki Popular - Faizal Tahir
13)Pelakon Filem Wanita Popular - Lisa Surihani
14)Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali
15)Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam
16)Penyanyi Wanita Popular - Yuna
Anugerah Sepanjang Hayat - Dato' Rosnani Jamil
Anugerah Artis Mobile - 6ixth Sense


          Tp aku minat gile tgok Fasha Sandha punya dress up, sangat cantik minah nie..walupun aku kureng minat ngan die tp aku x nafikan la yang die nie cantik..putih,body cantik..bak kata org jawa..PERFECTO la dia nie, tp sygla ada benda yang dia buat kurang menarik perhatian aku..



Fasha : ei aku menang la,xsangkanye...

      Last sekali mak iti (hakak punya feveret) buat show..tp xtgok jugak..dapat dengar pon jdla..msti gempaq kan bila dia keluar..hakak suka...i LOIKE..luv u mak iti..


oh Datuk Siti...i LOIKE...

      Tapi paling aku suka kenyataan Shaheizy Sam " Terima kasih kepada Datuk Siti kerana mengundurkan diri dalam ABPBH 2010 " hahaha..mesti hartis2 kat lua 2 suka Mak iti tarik diri kan..tp xpela mak iti, Simplisity mak iti kan da top, ape ada hal ngan semua ni kan...Ape yang penting, mak iti tetap di hati..uish,soduku aku, lupa pulak..:p





        

       

Sunday, April 3, 2011

Ahad yg best...

             Waaa.....rindu..rindu..rindu gila la kat blog nie..terasa lama pulak x update,huhuhuu..pdhal bru semalam x update..tp rs mcm 10 hari pulak x update..hahahaa....Pagi ni aku terbgun lambat pulak,tp memg sengaja pon nak bgun lambat..cuti-cuti malaysia kan..memg terbaek dari ladang la bantai tidokan..best gile...Malam td termimpi pulak nasi lemak,huh..pepagi ni best gak layan nasi lemak,so aku g la ketok uma orang sebelah tnya resepi nasi lemak..hahahaa...aku ingt susah sgt uat nasi lemak ni,rupenya senang yang amat..kalo aku tau,tiap2 hari aku buat nasi lemak...(bapak belagak gile kan)...ce tgok nasi lemak yg aku buat nie...
 

                                           
                                 Bestkan nasi lemak aku nie...tp ni gambaq pinjam je dr incik google.(jgn marah)

          Nasi lemak aku lebih kurang je mcm gambar kt atas nie, nak tunjuk amek gambar bateri slr aku kong pulak (belagak lg) so pinjam jela gambo incik google...nt 2nd time aku buat,aku tunjuk kat korang ye..

         Beb, bukak youtube..search lagu amy search, sedap gile lagu-lagu die..lagi-lagi konsert Double Trouble,fuhhh...layan....ha,sebut psl amy search teringat lak mlm td aku tgok AF..mati-mati la ingat Ahmad Dhani yg jd pengetua (siot je Aznil) rupe-rupenya Abg Amy Search yg jadi pengetua..Best2,ni yg terasa nak tgok AF9 nie..tp tgok Abg Amy jela..hahahaa...tp quite interestng jgk la bebudak AF9 mlm td..tp ada sorg budak 2 memg power r suara dia..mcm omputih aku tgok..tp abg amy memg power la suara dia..i Loike...

 
Abg amy yg menten..kelas gitu...

      Hakak nak layan lagu Lagu Husin ni (HKLBR) jap ye...Selamat Mentidokan Diri ye korang2 smua...daaa....

            

     




         

Friday, April 1, 2011

Tazkirah Jumaat

Layan....................




ASAL USUL SOLAT
SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:-
 Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- 
Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- 
Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- 
Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- 
Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- 
Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- 
Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- 
Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- 
Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- 
Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- 
Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- 
Dukacita terhadap anak Firaun. 


Allah Maha Besar    
(Takbiratulihram)

Doa Iftitah 
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. 
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. 
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, 
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. 
Sesungguhnya solatku, 
Ibadatku, 
hidupku, 
matiku 
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. 
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak 
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. 
  
Al-Fatihah 
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. 
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. 
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. 
Yang menguasai hari pembalasan. 
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. 
Tunjukilah kami jalan yang lurus. 
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat. 
Bacaan ketika rukuk 
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya. 
Bacaan ketika bangun dari rukuk 
Allah mendengar pujian orang yang memujinya. 
  
Bacaan ketika iktidal 
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. 
  
Bacaan ketika sujud 
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya. 
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud 
Ya Allah, ampunilah daku, 
Rahmatilah daku, 
kayakan daku, 
angkatlah darjatku, 
rezekikan daku, 
berilah aku hidayah, 
sihatkanlah daku dan 
maafkanlah akan daku. 
Bacaan ketika Tahiyat Awal 
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. 
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta 
keberkatannya. 
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. 
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. 
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad. 
  
Bacaan ketika Tahiyat Akhir 
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. 
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. 
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. 
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. 
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. 
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. 
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. 
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. 
Doa Qunut 
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. 
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. 
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. 
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. 
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. 
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. 
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. 
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. 
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. 
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. 
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. 
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. 


"Wahai Tuhan,  aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup 
ke NerakaMu.... kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah 
jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua 
ibubapa  kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal 
dunia"